Showing posts with label Monologue. Show all posts
Showing posts with label Monologue. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

#2 Monolog.



Bukan mudah mengenal hati. Hati yang bisu tak bermakna lesu, kaku. Hati yang serasi tak semestinya difahami. Hati manusia pada dasarnya sama. Punya keinginan dan rasa. Yang membezakan isi, hanya tujuan dan alasan. Tugas dan kepentingan. Beruntunglah mereka yang mengamati hakikat hati lalu melaksanakan. Bukan sekadar pengamatan biasa, bahkan yang diperhalusi jiwa lantas hidup. Rasa seperti diterima alam dan disayangi Tuhan. Sungguh, aku iri hati dengan kekuatan yang satu itu.


Kukira manusia punya perspektif yang berbeza. Ada yang menganggap cita rasa semuanya sama namun berbeza pembawaannya. Seorang teman bisa menganggap hidup ini aneh, tapi indah. Dalam, tapi mudah. Aku juga merasa yang demikian. Namun bezanya, mungkin terletak pada nilai ‘mudah’ itu. Mudah baginya mungkin sukar bagiku. Atau juga sukar baginya namun mudah bagiku. Mungkin itulah menjadi titik tolak perbezaan dan persamaan insan. Indah bukan? Sengaja dibangkitkan perihal manusia yang macam macam. Sekadar curiga dengan kerja Tuhan.


Mungkin ada yang berasa tidak adil tiapkali aku membicarakan soal hati dan Tuhan dalam satu posisi yang selari. Seperti mengolah setiap sesuatu daripada sudut agama, terus minatnya untuk mengetahui langsung tawar. Mungkin ada yang berasa ia harus dibawa dalam satu perspektif yang lain, di mana hati itu harus dikenali atas dirinya sendiri. Tidakkah kau fikir aku telah cuba?


Hati itu bisa keliru apabila dibiar tergantung, tidak beralas. Gelisah tatkala melanggar fitrah. Hai, begitu sukarkah mengenal hati lantas mengawal? Benar, jika hati itu rimas bila lemas. Malas tika puas. Aku gagal membawa ia jauh dalam pengasingan. Hati itu benar-benar telah lekat dalam diri, bersatu dalam entiti manusia. Matinya hati, matilah manusia sebelum ajalnya. Hidupnya hati, maka hiduplah kau berkali-kali. Bagaimana, masih sukarkah kau mengenal seketul daging itu?


Barangkali aku dapat mengenal hati, barangkali tidak sampai mati. Barangkali aku dapat mengenali sesuatu yang lain yang lebih penting daripada hati. Barangkali juga aku ini manusia aneh. Punya keinginan dan rasa yang aneh. Tetapi inilah yang menjadi sebahagian daripada diriku, yang aku berharap dapat meliputi segenap akal dan jiwaku. Inilah kesukaranku, inilah kemudahanku. Inilah kemahuan dan pilihanku. Tatkala manusia tidak mampu bersabar dengan kemahuan mereka, aku mempelajari erti sabar daripada kemahuanku. Kerana aku mahu pada Tuhanku, ingin pada kasih sayangNya. Nah, mahukah aku tunjukkan lagi apa yang enggan engkau fahami?




Friday, March 13, 2009

Writing should never be this hard.


Hati itu Bumi; kadang-kadang cantik, kadang-kadang merisaukan!
barangkali seperti Langit- kadang-kadang lapang, kadang-kadang menyesakkan. Kau mungkin keras, puas- tapi masih kosong, sepi. atau mungkin, cukup lurus -tapi telus, berisi budi. Hati itu Satu; bukan dua. Kau tiada; atau semua. Hati yang indah mungkin cinta- namun pada siapa? Hati yang terikat pada kiblat- itulah Nikmat yang paling padat! Hai hati, kau mati sebelum manusia dimamah Bumi- cantik tapi tua, asli tapi plastik…kan aku dah kata, kau ini seperti Bumi?


Karut tetap karut. But I have to begin somewhere to start writing poetry again. Yes, it’s been a while it seems. And yet, I came up with this. Haha. I was never good at Malay writing to be honest. I wish I was a lot better. Not that I never tried… it’s just that every time I do, they all sound too good to be true. Too flowery, I suppose. Haha. But despite all that, I just need to get the right feeling to express better. No pun intended :-)

I’m not messed up. But these random thoughts just popped up in my head. Macam-macam interpretasi bila tengok gelagat orang. Kadang-kadang rasa letih dengan pemikiran sendiri. Haha. Dah lama tak fikir banyak. Seronok pula rasanya, bila sekali sekala berlaku. Teringat zaman yang bingung… semua benda nampak macam asing. Hmm. A beautiful memoir, it was :-) Anyway, I’m sure we all have our own minds that we choose to live in, don’t you think?

So dear writers out there. You know who you are. Keep on writing. Write something random. Be random. Tell us what you think. Or what you do not think. Talk to someone you least expect to talk to about things. Share a secret. Go ahead and be in love. Live the moment as it should be lived :-)

A poet without hysterics is rare.


kutumerah