Bukan mudah mengenal hati. Hati yang bisu tak bermakna lesu, kaku. Hati yang serasi tak semestinya difahami. Hati manusia pada dasarnya sama. Punya keinginan dan rasa. Yang membezakan isi, hanya tujuan dan alasan. Tugas dan kepentingan. Beruntunglah mereka yang mengamati hakikat hati lalu melaksanakan. Bukan sekadar pengamatan biasa, bahkan yang diperhalusi jiwa lantas hidup. Rasa seperti diterima alam dan disayangi Tuhan. Sungguh, aku iri hati dengan kekuatan yang satu itu.
Kukira manusia punya perspektif yang berbeza. Ada yang menganggap cita rasa semuanya sama namun berbeza pembawaannya. Seorang teman bisa menganggap hidup ini aneh, tapi indah. Dalam, tapi mudah. Aku juga merasa yang demikian. Namun bezanya, mungkin terletak pada nilai ‘mudah’ itu. Mudah baginya mungkin sukar bagiku. Atau juga sukar baginya namun mudah bagiku. Mungkin itulah menjadi titik tolak perbezaan dan persamaan insan. Indah bukan? Sengaja dibangkitkan perihal manusia yang macam macam. Sekadar curiga dengan kerja Tuhan.
Kukira manusia punya perspektif yang berbeza. Ada yang menganggap cita rasa semuanya sama namun berbeza pembawaannya. Seorang teman bisa menganggap hidup ini aneh, tapi indah. Dalam, tapi mudah. Aku juga merasa yang demikian. Namun bezanya, mungkin terletak pada nilai ‘mudah’ itu. Mudah baginya mungkin sukar bagiku. Atau juga sukar baginya namun mudah bagiku. Mungkin itulah menjadi titik tolak perbezaan dan persamaan insan. Indah bukan? Sengaja dibangkitkan perihal manusia yang macam macam. Sekadar curiga dengan kerja Tuhan.
Mungkin ada yang berasa tidak adil tiapkali aku membicarakan soal hati dan Tuhan dalam satu posisi yang selari. Seperti mengolah setiap sesuatu daripada sudut agama, terus minatnya untuk mengetahui langsung tawar. Mungkin ada yang berasa ia harus dibawa dalam satu perspektif yang lain, di mana hati itu harus dikenali atas dirinya sendiri. Tidakkah kau fikir aku telah cuba?
Hati itu bisa keliru apabila dibiar tergantung, tidak beralas. Gelisah tatkala melanggar fitrah. Hai, begitu sukarkah mengenal hati lantas mengawal? Benar, jika hati itu rimas bila lemas. Malas tika puas. Aku gagal membawa ia jauh dalam pengasingan. Hati itu benar-benar telah lekat dalam diri, bersatu dalam entiti manusia. Matinya hati, matilah manusia sebelum ajalnya. Hidupnya hati, maka hiduplah kau berkali-kali. Bagaimana, masih sukarkah kau mengenal seketul daging itu?
Barangkali aku dapat mengenal hati, barangkali tidak sampai mati. Barangkali aku dapat mengenali sesuatu yang lain yang lebih penting daripada hati. Barangkali juga aku ini manusia aneh. Punya keinginan dan rasa yang aneh. Tetapi inilah yang menjadi sebahagian daripada diriku, yang aku berharap dapat meliputi segenap akal dan jiwaku. Inilah kesukaranku, inilah kemudahanku. Inilah kemahuan dan pilihanku. Tatkala manusia tidak mampu bersabar dengan kemahuan mereka, aku mempelajari erti sabar daripada kemahuanku. Kerana aku mahu pada Tuhanku, ingin pada kasih sayangNya. Nah, mahukah aku tunjukkan lagi apa yang enggan engkau fahami?
5 comments:
snoooozeeee..........zzzz....
dont even read this but saje nk komen. ahhaa :D
yep, i can be a douche if i want. :)
wow u? malay? wow i read but still yet to understand...
waaah, dah revive balik ke blog ni? :)
nama pun monolog, mmg akan guna bahasa ibunda sendiri, kan?
rsyazwani: haha. ill be surprised if u even care to read! :D
anis: hehe. monolog mate, monolog. kuat sgt kah? hmmm.
hanafiah: yep. took me a while to write again. alas, i could only come up with this for now. yes, for now :)
omg.... indahnya bahasa.....
Post a Comment